Assalamualaikum,

Sedar tak sedar dah tengah bulan Ramadhan dah... aku pun sedar bila dalam perjalanan balik naik motor, tgk langit.. bulan penuh, cantek je bulat. Hmmm kejap je masa berlalu, adeh... tak best betul la, bulan puasa ni la bulan yang paling best...

Tapi bulan puasa tahun ni ada banyak perubahan... pasar ramadhan aku dah tak berapa pegi dah, kalau terpaksa sebab takde makanan atau tunang aku ajak, aku tak pegi dah... kalau tahun lepas, dah macam hobi. Lepak mapley pun dah kurang, kadang2 je.. sebab aku dah selalu tido awal. Pukul 10 dah tido, lepas tu pukul 2 bangun... lepas subuh baru tido balik. Time tido pun dah tak betul, agak2 ngantuk tido....

Project presentation tunda selepas raya, ada la masa sikit untuk buat... tapi yang tak eloknya, jadi lagi malas dan asik tangguh2 je... aih, penyakit lama sejak dari degree lagi....



Tapi aku dah start buat penternakan, ternak/bela ikan ketutu. Minggu lepas aku dah masukkan anak benih 300 kecik, 200 besar... tapi banyak jugak yang mati. Aku target yang besar tu dapat dijual pada raya cina tahun depan, kalau jadi... baru la aku fikirkan nak buat mass production. Yang bagusnya, ketutu ni tak perlukan tempat yang besar, aku bela dalam tangki 6'x4'x2' kat tepi rumah. Seminggu jugak la betukang siapkan filter.. RAS system... dll. Insya'allah ok la nanti... first trial ni just untuk research, tgk la macamana nanti.. kalau ada yang nak tgk, dtg la ke rumah.. hehhehee.

0 comments:

Post a Comment


Copyright 2006 | Andreas02v2 by GeckoandFly and TemplatesForYou | Design by Andreas Viklund
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.TFY Burajiru