Putuih jari.....


Pernah rasa jari tercabut?.. huhuhu.. jangan buat pasal..... ni nak jadi cerita

Minggu lepas pegi la ke pasar malam (seperti biasa), dari minggu dulu2 dok mengidam ketam nipah, datang la rezeki tah macamana, ada orang jual pulak... bole tahan banyak gak, berbakul gak.. idup2 semua. Sekilo RM22 & RM20 ikut saiz... beli dalam 2 kilo, dapat 6 ekor. Bawak balik seronok la... 3 ekor bagi kat Nisa, 3 ekor lagi abis gulai lemak la dengan kacang panjang. Masa beli tadi, ketam tu rilek je... dok pasif je, pilih pun amik pegang ikut belakang dia, time balik rumah ingat nak cuci la skit sebelum bagi kat Nisa sebab ada lumpur2 skit. Masuk la 6 ekor ketam tu dalam sinki, kene je air tah macamana menggelupur macam nak lari. Aku pun ingat takde papa, sebab sepit dia dah ikat. Tangkap sekor.. dia dok menggelupur tah macamana sempat la dia grip jari telunjuk aku... fulamak... automatic pecah kuku jari aku! Darah mengalir macam air.... ketam yang sepit tadi memang dah kene hempas la dalam sinki tu. Perghh.... dia punya sakit, macam nak pitam dah.... patut la zaman jepun dulu diorang seksa kat bawah kuku, dia punya sakit tu berdenyut sampai ke otak.

Tension.... biar je dulu, naik atas rilek jap. Lepas Maghrib, tangkap pakai sepit BBQ... masuk dalam plastik, masuk dalam peti ais. Sampai ari ni duduk dalam tu.. hehehe. Tunggu mak aku balik untuk dimasak... aku ingat nak cuci la skit, terus dah malas dah. Ketam nipah ni, dia punya sepit lain macam skit.... dia punya kuat, sampai ke hujung sepit tu still ada daging yang boleh dimakan. Ari tu masa makan kat Kelana Seafood, makan daging dia sampai hujung sepit tu.. tu yang syiok tu. Punya kuat, hancur kuku aku, itu pun skit je dia cubit... tangan dah terikat tu.. aku ulur besi sepit BBQ tu, bengkok besi dia! Sampai ari ni la bengkak lagi jari ni....





Minggu lepas dapat la aku beli basikal... beli frame, wheelset, component dan yang lain2 semua kutip dari Fadhil dan sedara dia. Start dari ada satu frame titanium yang dijual murah kat satu kedai ni... yang kat atas tu la. Bawak balik, cuci dan polish skit.. sebab kedai tu simpan lama tak jual2... akhirnya aku gak yang sauk. Besok beli wheelset (rim) secondhand... bawak pegi kedai, beli component dan start la pasang... fork carbon, seat + post, tayar, handle set semua amik kat Fadhil, berapa banyak dah save tu. Dapat gak la sebijik basikal, semua Allah nak bagi rezeki la. Frame titanium ni jarang skit orang nak pakai sebab dia mahal dan satu color je. Jarang frame jenis ni yang orang cat. Harga dia boleh beli satu frame yang full carbon fiber (yang biasa la) dalam RM 4-5K.. frame sahaja! Gila apa.... tapi aku beli murah la... murah banyak.. hehehe. Yang buat dia mahal sebab dia bole tahan ringan dan frame yang paling tahan. Fadhil pakai frame bapak dia, titanium gak, umur dah 10 tahun still tahan lagi. So, basikal aku ni dah siap la... tak sempat nak snap je sebab jari dah tercabut. Sabtu lepas dah bawak pegi Bukit Tinggi dah, petang tu jari putus.. hehehe.

0 comments:

Post a Comment


Copyright 2006 | Andreas02v2 by GeckoandFly and TemplatesForYou | Design by Andreas Viklund
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.TFY Burajiru